Verdant Solar yang merupakan syarikat solar kediaman di Malaysia mengumumkan hadiah percuma (giveaway) Tesla Model Y untuk rakyat Malaysia yang membuat pemasangan panel solar daripada syarikat mereka.
Ini bermakna, anda berpeluang untuk memenangi Tesla Model Y sekiranya anda memasang panel solar daripada Verdant Solar di rumah. Berikut adalah cara untuk menyertainya.
Cara untuk menyertai giveaway bagi pengguna baharu:
- Layari https://verdantsolar.my/eco-dreams-with-verdant-solar/ dan mendaftar dengan Verdant Solar
- Membuat tetapan tarikh dengan perunding
- Membuat deposit 10% untuk mengesahkan penyertaan sebaik sahaja pemasangan panel solar daripada Verdant Solar dibuat
- Pemenang akan ditentukan melalui bilangan panel yang dipasang
Cara untuk menyertai giveaway bagi pengguna sedia ada:
- Merujuk rakan yang menggunakan tenaga solar untuk berdaftar dengan Verdant Solar
- Pemenang akan ditentukan melalui bilangan orang yang dirujuk (referal)
Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023 dan tertakluk kepada terma dan syarat. Anda boleh mengisi borang ini untuk dihubungi oleh perunding dari Verdant Solar.
{suggest}