Pakej internet fiber Unifi 1Gbps dan 2Gbps kini mengalami perubahan harga dan disertakan Netflix bersamanya.
Terdahulu, harga promosinya ialah RM349 dan RM399.
- 1Gbps – RM378.90
- 2Gbps – RM428.90
Buat masa sekarang, anda tidak boleh langgan fiber semata-mata tanpa Unifi TV.
{suggest}
Kedua-duanya hadir dengan pelan Netflix Standard yang membolehkan dua peranti menonton dan muat turun dalam 1 masa dengan resolusi HD penuh.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Disney+ Hotstar, Lionsgate Play, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, Viu, iQIYI dan SIAR.
Untuk maklumat lanjut, terus saja ke laman web unifi.