Baru sahaja dilancarkan semalam untuk pasaran global, Xiaomi Malaysia kini mengesahkan siri Xiaomi 14 akan tiba untuk pasaran tempatan pada 7 Mac 2024.
{suggest}
Sama seperti pasaran global lain, barisan Xiaomi 14 menampilkan dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Bermakna, Xiaomi 14 Pro kekal eksklusif untuk pasaran China.
Kedua-dua model ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 serta menjalankan Xiaomi HyperOS.
Tidak seperti versi China, Xiaomi 14 hanya tersedia dengan konfigurasi memori 12GB+256GB dan 12GB+512GB, manakala Xiaomi 14 Ultra dengan satu varian iaitu 16GB+512GB.
Selain dua model ini, Xiaomi turut mengesahkan kehadiran Xiaomi Watch S3, Watch 2 dan Smart Band 8 Pro untuk pasaran Malaysia.
Bagi mengetahui maklumat rasmi, termasuk harga, nantikan pelancarannya pada 7 Mac 2024 akan datang.
- Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clks461
- Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clks45y
Sumber: Xiaomi Malaysia