Setelah beberapa kali ditangguhkan, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini mengumumkan pelancaran roket Artemis 1 sekali lagi terpaksa ditunda sehingga November 2022.
{suggest}
Terdahulu, NASA menjadualkan pelancaran Artemis 1 pada 27 September, namun terpaksa ditangguhkan setelah menilai potensi kesan Taufan Ian yang melanda. Tiada kerosakan pada perkakasan Artemis dan kemudahan berada dalam keadaan baik dengan hanya sedikit kebocoran kecil yang dikesan.
Teams at @NASAKennedy have assessed impacts from Hurricane Ian & determined there was no damage to #Artemis I flight hardware.
@NASA will focus on the Nov. 12-27 launch period to give employees time for post-storm recovery & identify checkouts for launch https://t.co/bjDiRgnOvt pic.twitter.com/7nK2tKVDOR— NASA Artemis (@NASAArtemis) September 30, 2022
Jurutera juga akan melakukan pemeriksaan tambahan dan persediaan untuk percubaan pelancaran seterusnya, termasuk menguji semula sistem penamatan penerbangan.
Berikutan itu, NASA kini merancang penjadualan semula bagi pelancaran roket Artemis 1 dalam tempoh antara 12 hingga 27 November 2022.
Sumber: NASA