Xiaomi kini mengesahkan pelancaran global siri Xiaomi 14 akan diadakan pada 25 Februari 2024, bertempat di Barcelona.
{suggest}
Memandangkan siri Xiaomi 14 sudah pun tersedia untuk pasaran China, dapat dijangkakan dari segi penawaran spesifikasi dan sebagainya.
Di China, siri Xiaomi 14 hadir dengan dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro. Kedua-duanya didatangkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.
Something grand is coming on February 25th, 2024!
Join our #LensToLegend journey with the #Xiaomi14Series. 🟠📷🔴 pic.twitter.com/18FhTUA8jQ
— Xiaomi (@Xiaomi) February 6, 2024
Selain dua model berkenaan, Xiaomi dijangka akan turut memperkenalkan Xiaomi 14 Ultra pada acara itu nanti. Tambahan pula, CEO Xiaomi Lei Jun baru-baru ini juga telah pun mengesahkan kehadiran peranti itu.
The Xiaomi SU7 is now undergoing nationwide road tests, as we prepare for its domestic launch. To dedicate myself fully to our EV business, @WilliamLuXiaomi will assume the additional role as the General Manager of the Xiaomi brand. This includes taking the stage for future…
— Lei Jun (@leijun) February 4, 2024
Untuk pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia setakat ini belum mengesahkan jika siri Xiaomi 14 akan dilancarkan pada tarikh yang sama atau kemudian.
Sehingga itu, nantikan acara pelancaran global siri Xiaomi 14 yang akan berlangsung pada 25 Februari 2024, jam 10.00 malam MYT. Penstriman langsung acara pelancaran boleh dilakukan melalui laman web Xiaomi.
- Beli produk Xiaomi di Shopee:Â https://invl.io/clkp5wj
- Beli produk Xiaomi di Lazada:Â https://invol.co/clkp5wo
Sumber: Xiaomi