POCO kini mengesahkan pelancaran global POCO F5 dan F5 Pro akan berlangsung pada 9 Mei ini.
{suggest}
Buat masa ini, POCO belum mendedahkan perincian mengenai spesifikasi POCO F5 dan F5 Pro. Namun, Snapdragon India melalui Twitter telah mengesahkan POCO F5 akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 7+ Gen 2.
Sebagai tambahan, POCO India turut memperlihatkan rekaan POCO F5. Berbanding Redmi K60, rekaan itu kelihatan sama seperti Redmi Note 12 Turbo yang dilancarkan di China pada bulan lalu.
The wait for the F’In King is over. Now experience performance that's a class above. #POCOF5 global debut on 09.05.2023 @ 5:30PM.#ReturnOfTheKing pic.twitter.com/4NQIK0Ny5d
— POCO India (@IndiaPOCO) April 26, 2023
Untuk pasaran China, Redmi Note 12 Turbo turut dikuasakan cip yang sama iaitu Snapdragon 7+ Gen 2. Ia digandingkan sehingga 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB berasaskan UFS 3.1. Ia dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+, sokongan 120Hz kadar segar semula dan sebagainya.
Sama ada benar Redmi Note 12 Turbo akan memasuki pasaran global sebagai POCO F5 atau sebaliknya, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya menjelang pelancaran siri POCO F5 kelak.
Sumber: POCO