Disney+ bakal menambahkan pelan baharu menjelang Disember ini di mana harganya lebih murah berbanding pelan biasa yang sebelumnya. Namun begitu, apakah kekurangan dan kelebihan yang diberikan?
Jelas sekali harga yang ditawarkan lebih murah dan berpatutan kepada pengguna yang ingin menikmati barisan-barisan filem kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah.
Namun begitu, bagi pelan ini, terdapat iklan-iklan yang akan dipaparkan sepanjang penggunaan akaun penstriman tersebut. Malahan, Disney+ juga dikatakan telah memilih untuk buang dua ciri dalam pelan tersebut iaitu GroupWatch dan SharePlay.
Disney+ Basic (ad-supported tier) tidbit: "Groupwatch and Shareplay unavailable for accounts on the ads tier.” pic.twitter.com/KuTeJiCEtn
— Steve Moser (@SteveMoser) October 24, 2022
Kekurangan itu mungkin tidak akan terkesan kepada mana-mana pengguna yang tidak menonton secara atas talian bersama rakan atau keluarga. Namun untuk melihat beberapa iklan sepanjang penstriman mungkin akan mengurangkan pengalaman yang menarik untuk mana-mana pelanggan.
Buat masa sekarang, Disney+ dijangka akan mengeluarkan pelan ini secara langsung pada 8 Disember berserta beberapa kemungkinan terhadap peningkatan harga pada pelan yang berkenaan.
Sumber: XDA
{suggest}