Xiaomi baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi pembawaan Pendidikan Xiaomi sebagai inisiatif utama mereka.
Kolaborasi yang melibatkan Jabatan Fotomedia Kreatif UiTM ini bertujuan memberi pandangan yang luas kepada pihak umum tentang kebolehan teknologi kamera Leica pada peranti Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro.
Sekali gus memberikan pengalaman pendidikan kepada pelajar UiTM tentang ilmu fotografi mudah alih.
Gambar di atas merupakan gambar terbaik yang diambil oleh salah seorang pelajar UiTM daripada 24 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran fotografi bersama Xiaomi.
Peranti yang digunakan oleh Muhammad Al-Amin bin Azman adalah Xiaomi 13T Pro yang dilengkapi dengan tiga sensor kamera Leica – 50MP utama, 50MP telefoto dan 12MP ultra lebar.
Dalam pada itu, Xiaomi merancang untuk meneruskan kerjasama sebegini dengan beberapa industri lain pada masa akan datang.
Ketahui lebih lanjut tentang Xiaomi 13T Pro.
Beli Xiaomi 13T Pro di Shopee – https://invl.io/cljyf8c
Beli Xiaomi 13T Pro di Lazada – https://invol.co/cljyf8y
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi