Bloomberg melaporkan, para pekerja Twitter kini tidak lagi dibenarkan bekerja secara kawalan dari luar pejabat.
Sebaliknya semua pekerja syarikat itu kini diwajibkan bekerja di dalam pejabat sekurang-kurangnya 40 jam seminggu.
Pekerja Twitter hanya akan dibenarkan bekerja luar dari pejabat sekiranya pekerja itu mendapat kebenaran secara peribadi dari Elon Musk sendiri
Itu adalah antara isi kandungan e-mel pertama yang dihantar oleh Elon Musk kepada para pekerja Twitter yang dilihat oleh Bloomberg.
{suggest}
Selepas Elon Musk sah mengambil alih Twitter hampir 2 minggu lalu, beliau tidak menunggu lama untuk memecat beberapa pegawai tertinggi dan kakitangan syarikat tersebut
Walaubagaimanapun Twitter dilaporkan telah meminta semula sesetengah kakitangan yang dipecat untuk kembali bekerja.
Sumber: Bloomberg