Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
diskaun saman

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Pada 30 Julai Ini

Posted on Julai 28, 2022

Bersempena dengan Hari Polis ke-125 Tahun 2022 di Program Road March 2022 pada 30 Julai, Sabtu ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sehingga 50%.

Dihebahkan melalui laman Twitter PDRM, pengurangan bayaran saman trafik bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

[HEBAHAN] HARI POLIS KE-215: TAWARAN DISKAUN SAMAN 50% DI PROGRAM ‘ROAD MARCH' 2022

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jom datang beramai-ramai!❤️🇲🇾 pic.twitter.com/YcKYIETeLY

— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) July 28, 2022

Amnya, semua saman kesalahan trafik layan untuk terima diskaun kecuali:

  1. Saman tidak patuhi lampu isyarat merah
  2. Saman memandu di lorong kecemasan
  3. Saman potong secara berbahaya (Potong barisan)
  4. Saman potong di garisan berkembar
  5. Saman kemalangan
  6. Saman kes dalam perbicaraan
  7. Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun
  8. Kesalahan berkaitan lori
  9. Kesalahan pengubahsuaian ekzos

Jadi, jika anda ingin melangsaikan saman trafik yang tertunggak, dijemput hadir ke program berkenaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress