Selepas berkampung di Malaysia hampir satu bulan dan bertarung 3 hari berturut-turut dalam perlawanan akhir PMSL SEA Spring 2024 pada hari Ahad yang lepas, pasukan BOOM Esports dari Indonesia telah berjaya menewaskan 15 pasukan yang lain dan dinobatkan sebagai juara.
Selain daripada trofi, BOOM Esports telah membawa pulang sejumlah duit bernilai USD40,200 serta melayakkan pasukan mereka dalam acara PUBG MOBILE Global Open di Sao Paulo, Brazil.
{suggest}
Manakala, tiga pasukan yang mewakili negara Malaysia dalam acara ini iaitu Yoodo Alliance, Geek Fam dan SEM9 telah memenangi tempat keempat, dua belas dan tiga belas.
Walaupun tidak mendapat tempat yang membanggakan, pasukan Yoodo Alliance berjaya memenangi tiga ‘Chicken Dinners’ pada hari pertama perlawanan akhir PMSL SEA Spring 2024.
Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE