Digi mengumumkan pas perantauan Asia atau Asia Pass pada harga RM25 untuk 3 hari. Ia meliputi 20 negara dengan kuota 2GB internet dan 30 minit panggilan roaming.
Untuk masa terhad, pelanggan yang ke Indonesia, Singapura dan Thailand boleh menikmati kuota ekstra 2GB, menjumlahkan 4GB.
{suggest}
Jika anda mahu tempoh lebih panjang, Digi ada pas perantauan untuk 7 hari berharga RM50. Ia juga hadir bersama kuota 2GB tetapi lebih banyak negara iaitu Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Bukan itu saja, pas-pas ini turut boleh dilanggan pelanggan prabayar, tidak seperti sebelum ini yang terhad pada pengguna pascabayar.
Ini semua tersedia mulai hari ini dan boleh dibeli melalui MyDigi atau *800*3#2. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Digi.
Sumber: Siaran Akhbar Digi