Kebanyakan pengguna yang menggunakan Macbook dan iMac menyukai sistem macOS sebagai platform dan tidak perlu menggunakan Windows.
Walau bagaimanapun, sebahagian daripada pengguna Mac kadangkala memerlukan sistem operasi Windows atas faktor beberapa perisian yang tidak menyokong macOS.
Walaupun terdapat banyak cara untuk mengoperasikan Windows pada Mac, namun terdapat satu cara yang percuma iaitu menggunakan Parallels Desktop For Mac.
Perisian berkuasa ini baru sahaja mendapat peningkatan yang besar dengan pengeluaran Parallels Desktop 19 For Mac. Jadi, apa yang baru? Banyak, teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut.
Ciri pertama yang dimasukkan adalah sokongan untuk Touch ID yang membolehkan anda log masuk ke Windows menggunakan sistem pengecaman cap jari. Pengguna sedia ada perlu, sama ada membuat akaun baharu atau menukar akaun sedia ada mereka kepada akaun MSA untuk memastikan sistem tersebut berfungsi.
Selain itu, perisian ini juga mempunyai sokongan mesin pencetak. Sebelum ini, jika anda mempunyai mesin pencetak yang disambungkan pada Mac anda, anda akan mendapat akses asas kepada mesin pencetak melalui pemacu Desktop Parallels.
Dengan keluaran versi baharu ini, pengguna dapat memanfaatkan Internet Printing Protocol (IPP) baharu yang terdapat pada Apple yang membolehkan anda mendapat akses kepada semua jenis mesin pencetak.
Perubahan pada UI menjadikan perisian lebih baik. Ikon baharu dan antara muka pengguna turut diperkemas. Parallels Desktop 19 For Mac telah dioptimumkan untuk MacOS Sonoma.
Walau bagaimanapun, kemas kini ini telah menggugurkan sokongan MacOS Monterey 12.6 dan yang lebih awal. Pengguna juga tidak dapat memasang Parallels Desktop 19 For Mac pada versi MacOS yang tidak disokong atau versi lama.
Perisian ini memperkenalkan Linux virtual machines pada silikon Apple yang dapat menggunakan Rosetta untuk mengoperasikan binari x86-64. Ia dapat menyokong Docker untuk menjalankan x86-64 dalam VM Linux berasaskan Arm selain memberi keserasian dengan alat Packer untuk mengautomasikan aliran kerja CI/CD.
Ia juga termasuk sokongan untuk CentOS 9 Stream dan menampilkan pengedaran Linux baharu seperti Ubuntu 22.04.2, Fedora 38 dan Debian 12. Perisian ini menambah sokongan untuk penggantungan dan sambung semula, pelarasan resolusi dinamik, menyegerakan reka letak papan kekunci dengan perkakasan Mac dan gerak isyarat berbilang sentuh dengan Trackpad.
{suggest}
Sumber: ZDNet