Syarikat Micro-Star International (MSI) menyatakan pemprosesan Intel® CoreTM generasi ke-14 sesuai dipasangkan dengan papan induk terbaru MSI siri MEG z790 MAX, siri MPG, siri MAG, dan siri PRO.
MSI berkata, Intel® CoreTM generasi ke-14 paling sesuai dipadankan dengan papan induk MSI Z790 MAX bagi mewujudkan sistem pengkomputeran yang lebih cekap untuk pemain, pencipta kandungan dan semua pengguna.
Intel® CoreTM generasi ke-14 yang dihasilkan dengan Teknologi Proses Seni Bina Hibrid “Intel® 7″ boleh mencapai pemprosesan sehingga 6GHz.
Penyegaran semula CPU ini juga fokus pada Intel® Core™ i7-14700K kerana penambahan 4 E-Teras yang akan membantu dalam peningkatan Cache L3 merentas semua pemproses.
Enam model akan tersedia semasa pelancaran iaitu Intel® Core™ i9-14900K, i9-14900KF, i7-14700K, i7-14700KF, i5-14600K and i5-14600KF.
Papan Induk MSI Z790 MAX
Papan induk ini didatangi dengan Wi-Fi 7 yang dijangka mempunyai kelajuan 5.8 Gbps dan gandaan lebar jalur daripada 160 MHz kepada 320 MHz. Dengan kehadiran Wi-Fi 7, ianya dapat menambah baik QAM (Quadrature Amplitude Modulation) daripada 1024-QAM kepada 4096-QAM untuk meningkatkan kadar penghantaran puncak dan kapasiti rangkaiannya.
Selain itu, Z790 MAX akan menyokong kelajuan slot untuk SSD M.2 generasi ke-5 dan PCIe. Model ini juga menampilkan Screwless M.2 Shield Frozr magnetik dan klip EZ M.2 untuk kemudahan pemasangan.
USB 4.0 PD100W yang diperkenalkan di Computex 2023 turut disertakan dengan antara muka PCIe 4.0 x4 yang menawarkan dua port USB 4.0 dan dua port DP 1.4. Ia menyediakan sambungan berkelajuan tinggi sehingga 40 Gbps dan menyokong 100W maksimum kuasa dengan kesesuaian peranti.
Sila layari laman web rasmi MSI dan media sosial mereka untuk maklumat lanjut tentang papan induk MSI siri Z790 MAX ini.
{suggest}
Sumber: Siaran Media MSI
(Beli pelbagai produk MSI dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)