Syarikat teknologi, MSI baru-baru ini telah mengumumkan pembaharuan ke atas papan induk Intel dan AMD mereka yang kini mampu menyokong kapasiti memori sehingga 256GB.
Papan Induk MSI (Intel)
Antara platform yang menyokong peningkatan kapasiti memori ini adalah terdiri daripada papan induk DDR5 siri Intel 700 dan Intel 600.
Peningkatan ini juga dikatakan telah hadir bersama perisian BIOS yang boleh dimuat turun melalui laman rasmi MSI.
Senarai di bawah adalah kumpulan pertama perisian BIOS yang telah tersedia dan selebihnya bakal menyusul pada akhir bulan Februari dan dalam bulan Mac.
{suggest}
Papan Induk MSI (AMD)
Untuk AMD, peningkatan memori ini akan disokong oleh semua soket AM5 yang terdiri daripada papan induk X670, B650 dan A620.
Perisian BIOS untuk papan induk berkapasiti 256GB tersebut dikatakan telah dilancar pada bulan Januari 2024 yang lalu seperti gambar di bawah.
Untuk maklumat lanjut tentang pembaharuan ini, sila layari laman web rasmi MSI.
Sumber: Siaran Media MSI
Beli barisan produk terkini MSI di:
Shopee: https://invl.io/clks39w
Lazada: https://invol.co/clks3a6