PUBG MOBILE kini sekali lagi telah menarik minat para pemain permianan mudah alih PUBG MOBILE dengan kolaborasinya bersama salah satu pengeluar kereta terbesar di Itali iaitu Pagani Automobili S.p.A.
Tedapat 2 jenis model kereta Pagani yang akan dimasukkan ke dalam permainan mudah alih ini iaitu Pagani Imola dan Pagani Zonda R. Setiap daripada model tersebut mempunyai variasi warna yang pelbagai.
Pagani Imola
Pagani Zonda R
Selain daripada model kereta, kerjasama ini juga ada menyediakan kelengkapan bagi karakter PUBG MOBILE yang bertemakan Pagani.
Kolaborasi PUBG MOBILE X Pagani ini hanya akan tersedia daripada 10 November 2023 hingga 7 Januari 2024 sahaja.
Bagi anda yang belum memuat turun PUBG MOBILE, anda boleh muat turunnya di App Store dan Google Play Store.
{suggest}
Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE