Dalam acara pelancaran siri OPPO Find X2 yang baru sahaja berlangsung, OPPO turut mengumumkan OPPO 5G CPE Omni. Ia merupakan peranti yang menyokong sambungan mmWave dan sub-6 GHz secara serentak, melalui konfigurasi antena 2×2 MIMO untuk memberikan isyarat 5G dalam frekuensi yang berbeza.
Selain itu, ia mempunyai fungsi yang dipanggil O-Motion 5G 360 Degree Antennas yang mampu berpusing depan dan belakang untuk mendapatkan isyarat 5G yang terbaik.
Dengan O-Reserve 5G Antennas yang menggunakan sub-6 GHz, ia mempunyai antena 4X4 MIMO.
Peranti ini menggunakan modem Snapdragon X55 dengan kadar muat turun sehingga 7.5Gbps. Selain Wi-Fi 6, ia turut menyokong Bluetooth 4.1 dan ZigBee 3.0 yang mempunyai dwi-band dengan kelajuan sehingga 6Gbps.