OPPO Malaysia juga tidak melepaskan peluang mereka untuk meraikan Tahun Baru Cina 2024 ini dengan menyediakan tawaran hadiah bagi setiap pembelian telefon pintar jenama OPPO yang terpilih.
Telefon yang pertama adalah OPPO Reno11 yang akan dijual pada harga RM1,899 dan ia akan datang bersama hadiah berupa OPPO Enco Buds2 yang bernilai RM129.
Peranti yang kedua adalah OPPO Reno11 Pro yang berharga RM2,499 serta didatangkan dengan promosi hadiah iaitu OPPO SUPERVOOC 80W Car Charger and Cable bernilai RM178.
Selain daripada hadiah pecuma, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk membeli OPPO Reno10 Pro+ pada harga RM3,099 yang telah dipotong harganya sebanyak RM400.
Tambahan lagi, anda perlu cakna bahawa promosi ini hanya sah bermula 2 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 dan ia berkonsepkan first come, first servedĀ serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Anda boleh dapatkan peranti di atas dengan promosi yang ditawarkan melalui aplikasi My OPPO Space, mana-mana cawangan OPPO Malaysia serta Shopee dan Lazada.
Beli produk OPPO di Shopee – https://invl.io/clkkc9j
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia