Baru-baru ini, OPPO Malaysia telah melancarkan sebuah produk tablet ‘mid-range‘ terbaru yang dilengkapi paparan skrin ReadFit 2.4K 11.4 inci pada kadar segar semula 90Hz.
Tablet OPPO Pad Neo ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G99 dan mempunyai kapasiti bateri 8,000mAh serta sokongan pengecasan 33W SUPERVOOC.
Selain daripada menjalankan ColorOS 13.1, peranti ini menggunakan kamera 8MP untuk kamera hadapan dan kamera belakang.
Tambahan lagi, paparan skrin OPPO Pad Neo ini dilengkapi dengan sokongan Circadian Friendly dan Full Care Display 2.0 serta empat pembesar suara Dolby Atmos.
Harga bagi OPPO Pad Neo ini tersedia untuk dua pilihan variasi iaitu:-
- 6GB RAM + 128GB (+ 6GB) versi Wi-Fi = RM1,199.
- 8GB RAM + 128GB (+ 8GB) versi 4G LTE = RM1,399.
Anda boleh beli peranti ini di mana-mana cawangan rasmi OPPO Malaysia ataupun gedung rasmi dalam talian OPPO Malaysia dan terima OPPO Pad Neo Smart Case bernilai RM99 secara percuma bagi setiap pembelian.
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia