Selepas pelancaran tablet OPPO Pad Neo oleh OPPO Malaysia, kini mereka terus masukkan produk terbaru berupa fon putik yang terdiri daripada OPPO Enco Buds2 Pro dan OPPO Enco Air3s.
OPPO Buds2 Pro
Untuk fon putik model ini, ia dilengkapi dengan pemacu 12.4mm serta Enco Master Equaliser yang berperanan memberi kualiti bunyi Balanced, Bass dan Bold secara seimbang.
Selain itu, apabila ia dipadankan dengan mana-mana telefon pintar jenama OPPO, pengguna dapat menikmati sokongan daripada sistem audio Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner untuk selaraskan bunyi output dengan suasana persekitaran di sekeliling pemakai.
Buds2 Pro juga lengkap dengan dwi-mikrofon, input sentuhan daripada aplikasi OPPO HeyMelody dan ciri AI Clear Call Algorithm bagi kualiti perhubungan tanpa gangguan.
Ia juga dijangka mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan berterusan melalui sambungan rangkaian Bluetooth 5.3 pada kadar latensi 94ms.
{suggest}
Harga bagi OPPO Enco Buds2 Pro ini ditetapkan pada harga RM169.
OPPO Enco Air3s
Bagi model Enco Air3s ini, ia direka khas supaya sepadan dengan reka bentuk siri OPPO Reno11 dengan ciri Champagne Gold yang dilengkapi dengan permukaan kalis air IP54.
Dalam pada itu, ia menggunakan pemacu 13.4mm, DSP Tensilica Cadence HiFi 5 dan OPPO Alive Audio bagi penyampaian output bunyi dengan frekuensi yang stabil.
Enco Air3s ini juga mempunyai ciri DNN Noise Cancellation untuk pengalaman komunikasi tanpa gangguan dengan sambungan Bluetooth 5.3.
Fon putik ini juga dijangka mampu bertahan untuk penggunaan berterusan selama 6 jam serta disokong dengan pengecasan Flash Charging selama 10 minit untuk penggunaan selama 2 jam.
Jika anda berminat, anda boleh beli OPPO Enco Air3s ini pada harga RM249 seiring dengan model OPPO Enco Buds2 Pro di mana-mana cawangan rasmi OPPO Malaysia ataupun gedung rasmi dalam talian OPPO Malaysia.
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO