OPPO Malaysia kini telah membawa masuk siri A terbaru mereka, iaitu OPPO A60 ke pasaran tempatan.
Telefon terbaru ini dikuasakan cip Snapdragon 680 dengan ditawarkan dalam varian 8GB RAM LPDDR4 serta dua pilihan storan, 128GB dan 256GB.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem operasi ColorOS 14 dan skrin LCD bersaiz 6.67 inci pada resolusi HD+ (1604 x 720) serta kadar segar semula 90Hz.
Kameranya pula terdiri daripada 50MP utama, 2MP potret dan 8MP swafoto. Kapasiti baterinya pula adalah 5,000mAh dan disokong pengecasan berwayar 45W.
{suggest}
Lain-lain ciri yang hadir untuk telefon ini adalah Bluetooth 5.0, USB-C dan bicu audio 3.5mm.
Anda boleh membeli produk telefon OPPO A60 ini pada harga:
- 8GB RAM + 128GB = RM699
- 8GB RAM + 256GB = RM799
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clks91f
Lazada – https://invol.co/clks91l
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia