Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO A58 Rasmi, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan SuperVOOC 33W Pada RM699

Posted on Ogos 9, 2023Ogos 9, 2023

OPPO melancarkan kemasukan baharu dalam siri A mereka bagi kelas bawah RM700, OPPO A58 dengan harga jualan RM699 sahaja.

Kehadiran OPPO A58 ini bakal merancakkan lagi pasaran tersebut dan bersaing rapat dengan peranti-peranti lain dalam kelas harga RM700 ke bawah.

Spesifikasi Penuh OPPO A58

OPPO A58 dikuasakan cip MediaTek Helio G85, memori RAM LPDDR4X 6GB+6GB dan storan 128GB. Peranti ini juga tampil dengan rekaan yang mirip dengan model-model lain dalam siri A.

OPPO A58 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.72″ beresolusi FHD+ dengan kadar kecerahan maksimum 680 nits.

Selain itu, peranti ini menawarkan 2 kamera – 50MP, 2MP dan 8MP swafoto. Tidak lupa juga kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 33W.

OPPO A58 juga mempunyai 2 pembesar suara stereo dan menjalankan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13.

Ketersediaan

Dengan harga jualan rasmi RM699, anda sudah boleh membeli telefon OPPO A58 di mana-mana stor fizikal OPPO atas di platform atas talian seperti Shopee atau Lazada.

Beli OPPO A58 di Shopee: https://invl.io/cljij2z

Beli OPPO A58 di Lazada: https://invol.co/cljij35

{suggest}

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress