Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT versi pro

OpenAI Rancang Untuk Perkenal ChatGPT Versi Berbayar

Posted on Januari 12, 2023Januari 12, 2023

OpenAI kini mengumumkan pihaknya merancang untuk memperkenalkan versi berbayar bagi chatbot popular yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), iaitu ChatGPT.

{suggest}

Melalui pengumuman di Discord, OpenAI menyatakan versi berbayar atau dipanggil sebagai ChatGPT Professional akan menjadi lebih pantas dan dipercayai. Antara manfaat yang bakal diperoleh melalui chatbot versi berbayar itu termasuk sentiasa tersedia, respons yang lebih pantas daripada ChatGPT sedia ada dan sebagainya.

OpenAI mengatakan bahawa mereka yang mengisi borang senarai menunggu (waitlist) boleh dipilih untuk menjadi perintis ChatGPT Professional, tetapi program itu masih dalam peringkat percubaan awal dan tertakluk kepada perubahan serta masih tidak tersedia kepada umum buat masa ini.

Harus juga diketahui, pengumuman ini bukanlah pengesahan rasmi ChatGPT Professional. Butiran lanjut, termasuk harga, masih belum didedahkan.

Bagi yang belum tahu, ChatGPT merupakan sebuah program kecerdasan buatan (AI) yang disediakan pada umum secara percuma. ChatbotĀ ini mampu memberikan jawapan pada soalan yang diajukan oleh pengguna, termasuk menghasilkan karangan dalam format yang lengkap serta menyelesaikan masalah matematik.

Sumber: Search Engine Journal

Gambar utama: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress