OnePlus telah mendedahkan telefon OnePlus 11 Concept sebuah peranti yang tidak akan dikomersialkan mereka.
Hal ini demikian kerana peranti konsep itu bertujuan untuk mendedahkan teknologi penyejukan Active CryoFlux baharu OnePlus.
The future is here.
Introducing the #OnePlus11Concept, a visionary smartphone with industry-first Active CryoFlux cooling technology. #MWC23— OnePlus (@oneplus) February 27, 2023
Untuk pengetahuan anda, OnePlus adalah jenama pertama yang memanfaatkan teknologi penyejukan Active CryoFlux dalam industri ketika ini.
Teknologi Penyejukan Active CryoFlux
Teknologi Active CryoFlux adalah sebuah sistem penyejukan cecair closed-loop yang mirip pada sistem penyejukan AIO PC tetapi telah diperkecilkan untuk telefon.
Sistem ini terdiri daripada komponen pam, beberapa tiub, cecair penyejuk dan diaphragma atas dan bawah.
Pam itu bertindak membawa cecair penyejuk mengelilingi tiub yang bertindak sebagai radiator dan heat sink. Ia akan menyerap haba daripada komponen peranti dan perlahan-lahan melesapkan haba dalam perjalanan kembali ke pam.
OnePlus mendakwa teknologi ini mampu mengurangkan suhu hingga 2.1°C dan menambahkan 3-4 fps dalam gaming. Dalam pengecasan pula, suhu boleh diturunkan sebanyak 1.6°C dan mengurangkan 30-45 saat waktu pengecasan.
{suggest}
Disebabkan peranti ini adalah sebuah konsep dan tidak dikomersialkan, berkemungkinan besar OnePlus akan membawa ciri penyejukan ini ke dalam flagship mereka yang seterusnya.
Sumber: GSMArena