OnePlus Nord CE 3 Lite adalah peranti kelas pertengahan terbaru yang dilancarkan pada 4 April, hari ini untuk pasaran global.
Spesifikasi
Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB dan storan 256GB yang besar. Ia juga mempunyai saiz bateri 5,000mAh yang standard dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 67W.
Untuk pengetahuan anda, OnePlus Nord CE 3 Lite menggunakan OxygenOS 13.1 yang berasaskan Android 13. Ia dilengkapi skrin berukuranĀ 6.72″ yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini menawarkan sistem 3 tetapan kamera – 108MP lebar, 2MP mikroskop, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto.
Harga Dan Ketersediaan
OnePlus juga turut melancarkan TWS Nord Buds 2 dalam pelancaran OnePlus Nord CE 3 Lite ini.
Kedua-dua peranti baharu itu bakal tersedia untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Pratempah akan bermula pada 11 April nanti
{suggest}
OnePlus Nord CE 3 Lite bakal menawarkan 2 pilihan warna – Chromatic Gray dan Pastel Lime dan dijual pada tanda harga rasmiĀ RM1,099.
Sumber: Siaran Akhbar OnePlus