Selain melancarkan 2 telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, OnePlus turut memperkenalkan dua peranti audio iaitu Buds Pro dan OnePlus Nord Buds.
OnePlus Buds Pro merupakan fon telinga dengan ciri pembatalan hingar adaptif pintar (ANC) pertama dari mereka.
OnePlus menyatakan, fon telinga baharu dan premium mereka ini mengetengahkan sistem pengurangan hingar pintar terkemuka dalam industri, kualiti panggilan yang tiada tandingan, prestasi bateri yang dipertingkatkan serta kualiti bunyi untuk mencipta pengalaman audio yang benar–benar mengasyikkan dan premium.

OnePlus Nord Buds pula menawarkan teknologi audio yang cemerlang pada harga kompetitif dan berpatutan.
Dicipta berdasarkan ciri–ciri pilhan komuniti, Nord Buds mempunyai pemacu dinamik titanium 12.4 milimeter, menyokong Dolby Atmos dan menawarkan 30 jam gabungan ulangan dengan sekali cas.

OnePlus Buds Pro hanya ditawarkan dalam warna Glossy White dan dijual pada harga RM799.00.
Manakala bagi OnePlus Nord Buds pula ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Black Slate dan White Marble yang dijual pada harga RM299.00.
Beli Buds Pro dan OnePlus Nord Buds di:
Lazada – https://invol.co/clc7481
Shopee – https://invle.co/clc746n