Khabar angin dan spekulasi berkenaan model OnePlus 7 sudah acap kali dilaporkan dan menambah satu lagi perkhabaran, adalah tarikh kemunculan rasmi peranti tersebut.
Berdasarkan kicauan Twitter daripada Ishan Agarwal, OnePlus 7 dikatakan bakal dilancarkan pada 14 Mei depan. Ia turut dijangka hadir dengan tiga variasi iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G.
Okay, so I’m gonna stop with the estimations and give you all what you want. I can confirm that #OnePlus7 Series is launching globally on “14th May” 2019! Exactly 1 month left for #OnePlus‘ Flagship Killer to be revealed! According to earlier leak: #GoBeyondSpeed! #OnePlus7Pro pic.twitter.com/KlUpHjZms7
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 14, 2019
Berkenaan spesifikasi yang bakal dibawa pula, sedikit sebanyak ketiga-tiganya pasti hadir dengan tetapan berbeza. Ramalan awal adalah kamera swafoto pop-up, Snapdragon 855, skrin Super Optic AMOLED dan tiga kamera belakang gabungan 48MP+16MP+8MP.
Tarikh yang disebutkan masih belum rasmi lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari syarikat pengeluar.
Sumber foto utama: @WaqarKhanHD