Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106

Posted on September 21, 2022September 22, 2022

NVIDIA awal hari ini telah mengumumkan kehadiran 2 kad grafik berprestasi tinggi iaitu GeForce RTX 4080 dan GeForce RTX 4090.

NVIDIA menyatakan, GeForce RTX 4080 akan dilancarkan di pasaran dalam bulan November tahun ini dengan 2 konfigurasi.

Untuk konfigurasi pertama, ia akan dilengkapi dengan 16GB Micron GDDR6X dan 9,728 teras CUDA miliki prestasi 2 kali ganda lebih berkuasa berbanding model kad graffik GeForce RTX 3080 Ti.

Malah ia lebih berkuasa dan hampir 10% lebih jimat tenaga berbanding GeForce RTX 3090 Ti (pada kuasa rendah).

Manakala untuk konfigurasi kedua pula adalah GeForce RTX 4080 yang dilengkapi dengan 7,680 teras CUDA dan 12GB Micron GDDR6X.

{suggest}

GeForce RTX 4080 16GB akan dijual pada harga USD1,199 (~RM5,476) dan GeForce RTX 4080 12GB pula akan dijual pada harga USD899 (~RM4106).

Satu lagi siri kad grafik berprestasi yang NVIDIA lancarkan hari ini adalah GeForce RTX 4090 yang dikatakan mampu memberikan 4 kali ganda prestasi dengan versi teknologi DLSS 3 terbaru berbanding RTX 3090 Ti.

GeForce RTX 4090 pula akan berada di pasaran pada 12 Oktober 2022 dan dijual pada harga USD1,599 (~RM7303).

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress