Nubia telah memperkenalkan RedMagic 8S Pro pada hari ini dan peranti itu dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 2. Menariknya lagi, Nubia turut mengumumkan tablet gaming mereka pada hari ini.
Spesifikasi Tablet RedMagic
Tablet RedMagic dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, guna memori RAM LPDDR5X dalam pilihan 12/16GB dan storan UFS 3.1 256/512GB.
Tablet ini dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 12.1 inci beresolusi 2.5K dan menyokong kadar segar semula 144Hz. Ia juga mempunyai bezel yang simetri, kadar kecerahan maksimum 600 nits dan 240Hz kadar input sentuh.
Disebabkan ia adalah peranti gaming, Nubia meletakkan sistem penyejukan ICE kepada tablet ini. Dan ia disokongkan kapasiti bateri 10,000mAh dengan pengecasan pantas 80W.
Tablet ini menggunakan sistem RedMagic OS 8 yang berasaskan Android 13, kamera utama 13MP dan 16MP swafoto.
Menariknya lagi, tablet ini juga menyokong penggunaan alat kawalan, tetikus dan papan kekunci untuk pengalaman bermain yang lebih imersif.
Harga dan Ketersediaan
Nubia membawakan 2 variasi untuk tablet RedMagic ini dan sama seperti RedMagic 8S, ia akan mula dijual pada 11 Julai minggu depan untuk pasaran China.
12/256GB – CNY3,899 (-RM2505.25)
16/512GB – CNY4,599(-RM2955.03)
{suggest}