Walaupun masih menggunakan Android 13, telefon pintar Nothing Phone 1 kini mendapat kemaskini yang terbaru, Nothing OS 2.0.4.
Kemas kini terbaru ini menawarkan Phone 1 dengan ciri baharu seperti widget Foto dan Kompas. Para pengguna Phone 1 boleh menekan lama di permukaan skrin utama dan tekan pilihan widget baharu daripada menu yang muncul.
Selain itu, anda boleh menambah widget Foto pada skrin kunci telefon pintar dengan pergi ke Settings > Lock Screen > widget Lock Screen dan anda boleh membuat widget ini supaya berubah setiap hari, jam atau setiap kali anda membuka kunci telefon.
Nothing Phone 1 juga akan mendapat ciri “Hidden Apps” di mana pengguna boleh meleret ke kiri pada laci aplikasi untuk mengakses petak ikon tersembunyi. Aplikasi yang diletakkan di sini akan dipindahkan dan disembunyikan daripada laci aplikasi.
Nothing OS 2.0.4 juga ditampilkan dengan tampung keselamatan September 2023 bersama-sama dengan beberapa penambahbaikan dan pembetulan pepijat.
Dalam pada itu, Nothing juga telah tingkatkan kestabilan hotspot Wi-Fi seiring dengan pembetulan pepijat umum.
Pengguna boleh pergi ke bahagian ‘Settings‘ > ‘System‘ > ‘System Update‘ untuk memasang Nothing OS 2.0.4. Penawaran kemas kini terbaru ini dilakukan secara berperingkat.
{suggest}
Sumber: Android Authority