Need For Speed Mobile telah memulakan fasa percubaan beta tertutup di China. Permainan mudah alih yang dibangunkan TiMi Studios telah bermula pada awal Oktober ini.
Sebanyak 3 jenis kereta super sahaja yang tersedia dan boleh digunakan ketika beta tertutup ini – McLaren F1, Lamborghini Aventador, dan Lamborghini Gallardo.
{suggest}
Pada Mei lepas, gameplay Need For Speed Mobile telah didedahkan. Menariknya, gameplay itu menunjukkan perlumbaan dalam peta yang sama dengan Need For Speed: Heat.
Selain itu, NFS Mobile juga didakwa menampilkan mod permainan pelbagai pemain untuk pemain bermain dengan rakan-rakan yang lain.
Sumber: GamingonPhone
Gambar utama: Daily Meta Dose