Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NASA Sedia ‘Buru’ Asteroid Bernilai 70 Ribu Kali Ganda Kekayaan Ekonomi Dunia

Posted on Januari 30, 2023

NASA telah mengumumkan tarikh pelancaran roket ke asteroid paling berharga yang pernah ditemui dalam sejarah dunia. Asteroid yang dinamakan ‘Psyche’ ini mempunyai nilai mineral yang lebih 70,000 kali ganda keseluruhan ekonomi dunia.

Berdasarkan data terkumpul, NASA menganggarkan asteroid itu bernilai USD10 quintillion (~RM42.21 quintillion) – nilai tersebut mempunyai 20 angka nombor. Sementara itu, nilai ekonomi dunia hanyalah setakat USD110 trilion (~RM424.7 trilion).

An impression of what the asteroid looks like. Credit: Maxar/ASU/P. Rubin/NASA/JPL-Calt

NASA mengesahkan misi pelancaran roket ekspedisi itu akan dilakukan pada bulan Oktober tahun ini. Kalau diikutkan perancangan asal mereka, misi ini sepatutnya bermula pada tahun lepas lagi.

Seandainya pembaca ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan perancangan tersebut, boleh baca di sini.

NASA's Psyche module. Credit: NASA/JPL-Caltech

Namun dek kerana masalah perisian, perancangan misi ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu hingga ke Oktober ini. Menurut NASA, asteroid itu adalah bekas sebuah teras bagi sesebuah planet.

Jadi kita mungkin boleh belajar dan memahami planet Bumi ini melalui ekspedisi ke asteroid tersebut. Oleh itu, adalah juga nilai saintifik yang berharga selain daripada kekayaan yang ada dalam asteroid itu.

{suggest}

Sumber: Unilad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress