NASA berjaya rakam sebuah bencana alam, puting beliung yang terjadi di permukaan Matahari.
Jika di Bumi, bencana tersebut berlaku apabila udara panas dan sejuk di atmosfera bumi bertembung dan seterusnya membentuk puting beliung.
Tetapi puting beliung di permukaan Matahari itu terdiri daripada jirim plasma dan dibentukkan oleh medan magnetik bintang itu sendiri.
Saiz, Kelajuan Dan Suhu Yang Tidak Masuk Akal
Untuk pengetahuan anda, puting beliung itu terus menerus hidup selama 3 hari dan mencapai ketinggian 120,000 km atau 14 kali ganda planet Bumi kita ini.
Sebelum puting beliung itu tamat, ia berjaya meningkatkan kelajuannya hingga 500,000 km. Catatan itu sangat mengejutkan para saintis kerana kelajuan itu 1000 kali lebih pantas berbanding puting beliung yang terpantas pernah dicatatkan di Bumi.
Secara purata, suhu Matahari dicatatkan sekitar 5,500°C tetapi suhu beliung itu dicatatkan hingga 250,000°C. Suhu itu lebih daripada cukup untuk membakar mana-mana organisma hingga lenyap dalam sekelip mata sahaja.
Jangka Hayat Selama 3 Hari
Selepas 3 hari puting beliung ini mengganas di permukaan Matahari, ia runtuh atau berubah menjadi debu-debu gas di angkasa.
Bencana yang boleh kita anggap sebagai satu fenomena angkasa baharu untuk dunia ini berjaya ditangkap oleh Solar Dynamics Observatory, NASA pada 15 hingga 18 Mac lepas.
{suggest}
Sumber: Space.com
Gambar utama: Space.com