Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nak Rasa Masin Tapi Masih Ikut Diet, Gunalah Penyepit Elektrik Ini

Posted on Jun 20, 2022Jun 20, 2022

Pasukan penyelidik Jepun telah membangunkan penyepit (chopstick) berkomputer yang meningkatkan rasa masin, berpotensi membantu mereka yang perlu mengurangkan sodium dalam diet mereka.

Dibangunkan bersama oleh profesor Homei Miyashita dari Universiti Meiji dan pembuat minuman Kirin Holdings Co. (2503.T), penyepit meningkatkan rasa menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada gelang tangan.

Peranti ini menggunakan arus elektrik yang lemah untuk menghantar ion sodium daripada makanan, melalui penyepit, ke mulut di mana ia mewujudkan rasa masin.

Kata Miyashita, hasilnya, rasa masin meningkat 1.5 kali ganda.

jepun penyepit
Sumber: WE Forum

Miyashita dan makmalnya telah meneroka pelbagai cara untuk teknologi berinteraksi dan merangsang pengalaman deria manusia.

Dia juga telah membangunkan skrin TV yang boleh dijilat yang boleh meniru pelbagai perisa makanan.

Penyepit penambah rasa ini mungkin berguna di Jepun, di mana diet tradisional mereka mengutamakan rasa masin.

Berdasarkan laporan, purata orang dewasa Jepun mengambil kira-kira 10 gram garam setiap hari, dua kali ganda jumlah yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengambilan sodium yang berlebihan boleh membawa risiko seperti tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit lain.

Buat masa ini, Miyashita dan Kirin sedang memperhalusi prototaip penyepit mereka dan berharap untuk mengkomersialkannya seawal tahun depan.

Sumber: euronews

Baca juga:

  • Pakar Mula Guna Teknologi AR Untuk Pembedahan Ganti Lutut
  • Pelajar Terengganu Cipta i-ProD, Teknologi Untuk Jemur Keropok Keping
  • Saintis Berjaya Hasilkan Kulit Robot Dengan Keupayaan Hampir Sama Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress