Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

My OPPO Members’ Day Kini Berlangsung, Promosi Menarik Untuk Peminat

Posted on Jun 16, 2022Jun 17, 2022

OPPO telah memulakan acara My OPPO Members’s Day yang berlangsung pada 16 – 18 Jun ini. Acara tersebut adalah untuk meraikan ahli-ahli setia dan peminat OPPO di seluruh Malaysia.

Sepanjang acara ini berlangsung, OPPO menawarkan pelbagai hadiah dan promosi yang menarik untuk anda semua. Berikut merupakan promosi dan ganjaran eksklusif menanti anda:

Ganjaran Esklusif My OPPO

Anda boleh menggunakan 50 mata ganjaran untuk menebus peluang memenangi hadiah besar yang bernilai hingga RM5,998 dalam acara cabutan bertuah.

Selain itu, jangan ketinggalan peluang untuk mendapatkan nombor pin tambah nilai RM20 Touch ‘n Go.

Promosi Ahli Stor ‘Online’ OPPO

Anda boleh mendapatkan peranti OPPO Reno6 Pro 5G pada harga promosi RM2,199 dan diskaun tambahan sebanyak RM100 yang hanya eksklusif buat ahli My OPPO sahaja.

OPPO juga menawarkan e-baucar diskaun sebanyak RM50, RM100 hingga RM150.

PWP Esklusif Untuk Ahli Stor OPPO

OPPO juga menawarkan diskaun menarik sebanyak 50% untuk OPPO Band, anda boleh mendapatkan jam pintar itu dengan harga RM79.50 berbanding harga asal, RM159.

Tambahan lagi, OPPO memberi potongan RM100 kepada harga asal OPPO Watch Free (RM449) dan menjadikan harganya sebanyak RM349.

Ahli My OPPO dapat menikmati harga dan promosi menarik PWP (purchase with purchase) ini selepas anda membeli mana-mana telefon pintar di OPPO Brand Stores.

Jangan lupa untuk rebut peluang anda mendapatkan produk-produk OPPO pada harga istimewa selama promosi berlangsung.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap
  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
  • Audi Akan Lancar Apple Music Pada Model Terbaru Buat Tiga Pasaran Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress