Di MWC 2024, OPPO kini mempamerkan prototaip cermin mata XR, iaitu OPPO Air Glass 3.
{suggest}
Walaupun kelihatan seperti sepasang cermin mata biasa, namun Air Glass 3 boleh mengakses model AndesGPT melalui sambungan telefon pintar.
Cermin mata ini hanya seberat 50gram sahaja dan mempunyai gelombang resin yang dibangunkan sendiri dengan indeks biasan 1.7 serta kecerahan puncak melebihi 1,000 nit.
Ia menggunakan aloi magnesium-lithium untuk bingkai dan bahan nilon PA untuk temple (hujung kaki bingkai).
🤔 I know what I'm talking about
🤓 AI knows what I'm talking about
🤯 Air Glass 3 knows what I'm talking aboutIntroducing the #OPPOAirGlass3 concept product 👓 pic.twitter.com/tOusBrve48
— OPPO (@oppo) February 27, 2024
OPPO Air Glass 3 mempunyai pembantu suara AI yang dikuasakan oleh AndesGPT. Sama seperti cermin mata pintar lain, Air Glass 3 menyokong ciri kawalan muzik, panggilan suara, paparan maklumat dan sebagainya.
Ciri seperti teleprompter, navigasi, pemasa, terjemahan dan pratonton pantas untuk maklumat kesihatan dan kecergasan juga dikatakan akan ditambah pada kemas kini akan datang.
- Beli produk OPPO di Shopee:Â https://invl.io/clks91f
- Beli produk OPPO di Lazada:Â https://invol.co/clks91l
Sumber: Android Authority