Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Lebih Mahal Dari ROG Ally, Lenovo Legion Go Didakwa Hadir 1 September

Posted on Ogos 29, 2023Ogos 29, 2023

Sebelum ini, Lenovo dilapor telah mengumumkan konsol mudah lagi Legion Go yang menjadi pesaing rapat kepada ROG Ally.

Selain itu, terdapat juga khabar angin bahawa konsol mudah alih ini hadir dengan konfigurasi binaan yang sama dengan Nintendo Switch – alat kawalan cabut.

Spesifikasi Penuh & Harga

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Legion Go dilapor guna cip AMD Ryzen Z1 Extreme dengan GPU AMD RDNA, memori RAM LPDDR5X 16GB pada kelajuan 7,500MHz dan storan NVMe M.2 SSD PCIe Gen4 hingga 1TB.

Peranti ini juga dilengkapi skrin IPS 8.8″ beresolusi QHD+ dengan sokongan kadar segar semula hingga 144Hz. Legion Go juga disokong kapasiti bateri 2 sel 49.2WHr dengan pengecasan pantas 65W.

Bagi anda yang tertanya-tanya, peranti ini menggunakan Windows 11 Home sama seperti ROG Ally. Berdasarkan sumber, Lenovo Legion Go akan dijual pada harga €799 (~RM4,099.00) dan hadir pada Jumaat, 1 September ini.

Beli Peranti Lenovo Di Shopee: https://invl.io/cljfjcc

Beli Peranti Lenovo Di Lazada: https://invol.co/cljfjck

{suggest}

Sumber: Windows Report

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress