Bermula 1 Julai 2023, Tabung Haji (TH) hanya membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank sendiri sahaja.
{suggest}
Pendeposit juga hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH.
Dalam pada itu, TH juga menegaskan pihaknya memandang serius akan penipuan yang berlaku melibatkan pengguna melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH.
Pihaknya turut mengingatkan agar maklumat peribadi dan akses kata laluan platform perbankan internet tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, ianya boleh dirujuk melalui laman web rasmi TH atau hubungi Pusat Panggilan TH (THCC) di talian 03-6207 1919.
Sumber: Tabung Haji