Percaya atau tidak, aplikasi ini membolehkan anda mendapat ganjaran apabila anda berjalan kaki.
Aplikasi bernama Sweatcoin ini yang telah dimuat turun oleh lebih daripada 900 juta pengguna di seluruh dunia sejak 2016 dahulu memberikan ganjaran kepada penggunanya bagi setiap 1,000 langkah berjalan kaki.
Kini terdapat lebih daripada 100 juta pengguna aktif aplikasi tersebut.

Ganjaran yang diberi adalah dalam bentuk ‘Sweatcoin’ (SWC) yang membolehkan anda membelanjakannya bagi membeli pelbagai barangan.
Antara yang ditawarkan dalam stor aplikasi Sweatcoin ini adalah seperti Apple AirTag, baucar Amazon, barangan Adidas, langganan Netflix dan banyak lagi.

Kiraan langkah yang dikira aplikasi ini pula tidak semestinya anda memerlukan jam pintar.
Sebaliknya kiraan lanhkah juga boleh dikira menerusi dari telefon pintar anda.

Aplikasi Sweatcoin boleh dimuat turun secara percuma. Tetapi jika anda mahukan lebih akses, tawaran dan ganjaran, anda boleh melanggan aplikasi ini pada harga RM30.99/bulan atau RM154.99/tahun.
Apa yang bleh disimpulkan adalah aplikasi Sweatcoin ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat perbanyakkan aktiviti berjalan kaki yang terbukti baik untuk kesihatan.
Di samping itu, anda juga dapat ganjaran yang boleh diterjemahkan dalam bentuk nilai digital sambil berjalan kaki.
Aplikasi Sweatcoin ditawarkan untuk peranti Android dan iOS.
