Syarikat teknologi peralatan gaming terkenal, MSI kini telah memperkenalkan tiga buah monitor gaming yang dilengkapi dengan paparan skrin QD-OLED.
Untuk pengetahuan anda, barisan monitorĀ ini hadir dalam bentuk skrin rata dan juga melengkung mengikut model yang tersendiri.
Untuk model MPG 271QRX, ia tampil dengan paparan skrin rata 26.5 inci WQHD 2K dengan kadar segar semula 360Hz. Monitor MPG 321URX pula hadir dengan saiz skrin rata 31.5 inci UHD 4K dengan kadar segar semula 240Hz.
Manakala, model MPG 491CQP tersedia dalam bentuk paparan skrin melengkung DQHD 2K 49 inci dengan kadar segar semula 144Hz.
Selain itu, monitor-monitor ini dilengkapi dengan perlindungan skrin MSI OLED Care 2.0.
Ini adalah spesifikasi penuh produk monitor di atas.
Namun begitu, ketersediaan monitor ini ke pasaran tempatan belum lagi diberitahu pihak MSI Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai monitor MSI tersebut, anda boleh ke laman web rasmi MSI.
{suggest}
Sumber: Siaran Media MSI