Jenama besar dalam industri pengkomputeran, MSI sedang mengadakan promosi MSI Merdeka Sales 2022 untuk semua peminat Malaysia.
Antara tarikan utamanya adalah anda berpeluang untuk menikmati diskaun hingga RM3500 untuk barangan yang ditawarkan.
{suggest}
Tambahan lagi, terdapat juga ‘bundle’ percuma yang bernilai hingga RM759 yang boleh anda menangi dalam promosi ini.
Jangan risau kerana promosi ini merangkumi pelbagai kategori produk MSI seperti notebook, monitor, desktop, perkakasan dan komponen gaming.
Sekiranya, anda menunggu dan mencari waktu terbaik untuk membeli-belah barangan PC, ini adalah hadiah untuk anda.
Anda boleh menikmati dan membeli barangan promosi Merdeka Sales 2022 di laman sesawang rasmi MSI ini.
Sumber: Siaran Akhbar MSI