Poster rasmi mengacah kehadiran Motorola X30 Pro telah dikongsikan syarikat tersebut di Weibo. Model ini dipercayai akan dijual di luar pasaran China dengan nama Motorola Frontier.

Daripada visual terbaru dikongsi Motorola, kamera padanya mempunyai 3 jarak fokus (focal length) iaitu 35mm, 50mm dan 85mm.
Untuk spesifikasi, ia dilaporkan dijana Snapdragon 8+ Gen 1, menggunakan sensor 200MP daripada Samsung, paparan 6.67 inci melengkung dengan 144Hz.
Untuk kamera swafoto, lensa 60MP menjadi kekuatan. Ura-ura juga mengatakan X30 Pro ini dilengkapkan bateri sebesar 4500mAh dan pengecasan 125W.
Khabar angin juga tidak menolak sekiranya sebuah lagi model akan dilancarkan pada masa sama.
Sumber: Weibo