Syarikat pembikin animasi terkemuka negara, Animonsta Studios Sdn. Bhd (Monsta) baru-baru ini telah mendedahkan perancangan untuk projek mereka selama 5 tahun.
Bermula dari tahun 2021, Monsta menyenaraikan siri animasi Mechamato sehinggalah siri animasi Papa Pipi musim ke-4 pada tahun 2027 nanti.
Tapi apa yang paling menarik perhatian daripada apa yang didedahkan Monsta adalah projek BM3 iaitu mungkin merujuk kepada filem ke-3 BoBoiboy selepas BoBoiboy Movie 2 yang telah ditayangkan pada tahun 2019 lalu.
MONSTACON 2022 Highlights (THREAD):
1) BoBoiBoy akan kembali beraksi pada 2023. Dari Comic, BoBoiBoy G2 akan dijadikan animasi. pic.twitter.com/rIDNqIzhQL— Nizam Abd Razak (@nizamabdrazak) September 28, 2022
Satu lagi yang menjadi perhatian adalah projek B x M yang dipercayai mungkin akan menggabungkan BoBoiboy dengan bapanya, Mechamato dalam satu cerita.
{suggest}
Cuma tidak diketahui sama ada B x M akan hadir dalam bentuk siri atau layar lebar pada tahun 2027 nanti.
Bagi peminat Monsta, animasi Mechamato sudah pun mula ditayangkan di Netflix dan saluran rasmi YouTube Monsta.
Sumber: Monsta