LG Electronics Malaysia kini telah melancarkan satu produk monitor yang dibina khas untuk kegunaan permainan iaitu monitor UltraGear OLED dan ia hadir dengan dua model, 34GS95QE dan 39GS95QE yang mana perbezaannya terletak pada saiznya sahaja.
Selain itu, monitor gaming ini juga merupakan keluaran monitor 4K OLED pertama di dunia dengan ciri tetapan dwi-Hz pada kadar segar semula 240Hz untuk tetapan resolusi yang berbeza.
Tambahan lagi, kedua-dua model ini juga hadir dengan kadar tindak balas 0.03ms, kelengkungan 800R, teknologi MLA+ (Micro Lens Array), HDR True Black 400 dan kaki dirian berbentuk ‘L’.
{suggest}
Untuk anda yang berminat, urusan prapesan hanya boleh dibuat melalui gedung dalam talian Lazada sahaja bermula hari ini sehingga 19 Mei dengan harga seperti di bawah.
- Monitor LG 34 inci (34GS95QE) = RM5,999
- Monitor LG 39 inci (39GS95QE) = RM6,999
prapesan di Lazada – https://invol.co/cll1y52
Sumber: Siaran Media LG Electronics Malaysia