Baru-baru ini, OnePlus telah mengumumkan secara rasmi tentang penglibatan mereka dalam trend terkini di mana para pembangun telefon pintar ternama seperti Samsung dan HONOR menggunakan ‘AI’ atau kecerdasan buatan sebagai ciri mereka yang utama.
Antara yang diperlihatkan adalah ciri AI Eraser yang mempunyai kebolehan untuk memadam pelbagai objek ataupun manusia di dalam sesuatu gambar melalui ‘Photo Gallery‘ sama seperti Galaxy AI daripada Samsung.
Video di bawah mengandungi contoh AI Eraser yang ditawarkan sendiri oleh pihak OnePlus.
Menurut Gary C. daripada pasukan perisian OxygenOS, ciri ini bakal tersedia secara berperingkat untuk barisan peranti OnePlus di bawah pada bulan April ini.
- OnePlus 11
- OnePlus 12
- OnePlus 12R
- OnePlus Open
- OnePlus Nord CE 4
{suggest}
Sumber: OnePlus Community