Bagi menjadikan pelayaran internet anda lebih privasi di dalam mod Incognito di pelayar Chrome pada telefon pintar, Google kini menawarkan ciri pengesahan biometrik.
Ciri baru ini hanya akan membolehkan anda mengakses semula mod Incognito pelayar Chrome selepas ia menerima pengesahan imbasan wajah atau memasukkan nombor pin atau imbasan cap jari anda.
Bermakna, apabila anda meninggalkan pelayaran semasa di dalam mod Incognito pelayar Chrome, mod itu hanya akan dapat diakses semula selepas ia menerima pengesahan melalui 3 cara yang disebutkan di atas.
Berikut pula adalah cara bagi mengaktifkan ciri baru ini:-
- Buka aplikasi pelayar Chrome dalam telefon pintar Android anda.
- Masukkan pautan berikut pada ruang URL pelayar – chrome://flags/#incognito-reauthentication-for-android
- Seterusnya pilih tetapan Enabled
Anda perlu lancarkan semula pelayar Chrome bagi mengaktifkan ciri yang baru diubah ini.
Selamat mencuba dan semoga pelayaran anda kini lebih selamat dari diakses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan telefon pintar anda.
{suggest}
Sumber: xda-developers