Untuk pengetahuan umum, mod astrofotografi merupakan ciri tetapan dalam kamera telefon pintar yang membolehkan pengguna menangkap imej objek angkasa dan langit malam.
Peranti Google Pixel adalah antara barisan telefon pintar yang menerapkan mod astrofotografi ini bermula dengan Google Pixel 4 pada 2019 serta Pixel 5 dan Pixel 4a 5G pada 2020 melalui kamera ultra-lebar.
Namun begitu, ciri ini telah dikeluarkan pada kemaskini Google Camera versi 8.1.
Walau bagaimanapun, kehadiran Google Pixel 8 Pro dengan sensor hardware yang berbeza bagi tangkapan gambar ultra-lebar menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mengembalikan mod astrofotografi kepada peranti Google Pixel.
Gambar di bawah adalah perbandingan bagi peranti Pixel Fold dan Pixel 8 Pro untuk mod Night Sight.
Untuk penggunaan mod astrofotogrfi di peranti Pixel, anda perlu letakkan kamera Google Pixel pada kedudukan yang statik dan menghala ke arah langit.
Kemudian, tangkap gambar dengan menggunakan mod Night Sight dan gambar dengan mod astrofotografi akan terjana secara automatik dalam masa 1 hingga 5 minit.
{suggest}
Sumber: 9to5Google