Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MITI, Proton, Perodua Bincang Percepat Pengeluaran EV Nasional Mampu Milik – Tengku Zafrul

Posted on Februari 23, 2023

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini dilaporkan dalam perbincangan bersama syarikat pengeluar kenderaan tempatan Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) nasional dan mampu milik.

{suggest}

Menterinya, Tengku Zafrul turut menegaskan pada masa yang sama garis panduan semasa permit import turut ditambah baik dengan memberikan fleksibiliti ke atas kuantiti maksimum pengimportan kenderaan secara dipasangkan sepenuhnya bagi kajian pasaran pra-pemasangan untuk EV.

Ia bertujuan bagi membolehkan syarikat pemasangan tempatan lebih berpeluang menilai keperluan pasaran baharu untuk segmen EV sebelum memulakan pengeluaran.

Langkah penambahbaikan ini juga dijangka akan memberi lebih banyak pilihan EV untuk ditawarkan dalam pasaran tempatan.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress