Bagi golongan PC Master Race, pasti sudah mengetahui permainan video Crysis. Permainan ini memang membuatkan ramai yang gila kerana komputer betul-betul berkuasa pada waktu itu sahaja mampu memainkannya. Bermula dari permainan itulah, muncul meme “Can it run Crysis?”.
Kali terakhir francais tersebut dilancarkan adalah pada tahun 2013 menerusi Crysis 3, iaitu 9 tahun yang lepas. Kini, pembangunnya Crytek mungkin akan membuatkan komputer menangis lagi kerana mereka sudah mengesahkan kehadiran Crysis 4.
It's time to join the journey and be the hero.
A Crytek Announcement. pic.twitter.com/Ohbux0w0s5
— Crytek (@Crytek) January 26, 2022
Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang diketahui berdasarkan video acah yang dimuatnaik. Namun, dijangka ia mungkin akan ditawarkan dalam beberapa tahun lagi memandangkan Crysis 4 masih lagi dalam pembangunan.
Sumber: crytek
Baca juga:
-
Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11
-
Siri Redmi Note 11 Untuk Pasaran Malaysia Akan Tiba 10 Februari
-
Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple