Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Kebangsaan Malaysia, MIMOS sedang menayangkan teknologi pintar hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) MIMOS yang berpotensi untuk dikomersialkan di MIMOS Technology Preview (MTP) 2024 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Di MIMOS Technology Preview 2024 ini, MIMOS memperkenalkan beberapa inovasi yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia lebih lestari dan maju dari segi teknologi dengan menonjolkan penyelesaian baru seperti MIMOS Autonomous Chiller Control & Energy Efficiency (Mi-ACE) System yang dibangunkan bersama Square Cloud, memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan IoT tanpa wayar (wireless IoT) untuk merevolusikan sistem penyejuk bangunan yang merangkumi pejabat hingga ruang awam.
Semasa acara perasmian MTP 2024 baru-baru ini turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIMOS dengan rakan industri AXICOM dan iSCADA NET dan pertukaran dokumen Perjanjian Lesen Teknologi (TLA) dengan SquareCloud.